Wednesday, 9 October 2013

JENAYAH SIBER


Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Klasifikasi Jenayah siber
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya.Operasi inputpemprosesan dataoperasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1.     Penipuan
2.     Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3.     Kecurian maklumat.
4.     Capaian secara tidak sah keatas sistem
5.     Menyalin perisian secara tidah sah.
6.     Pengintipan
7.     Judi siber
8.     Skim cepat kaya
9.     Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"

Sikap Manusia
Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari 1997.
Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta diAmerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale,California, dan beberapa orang penduduk Israel.
Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.
Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.


           Kesimpulan
Undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk menbanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa pada zaman era kini

Artikel-artikel berkenaan jenayah siber.






No comments:

Post a Comment